Thursday, 29 December 2011

just for him, h.u.b.b.y

Aku, insan biasa di duniawi ini. Tapi punyai keluarga yang menyayangi aku dan kawan-kawan yang sentiasa di ingatan. Itu ajelah yang aku punya sekarang. Aku tiada insan istimewa yang hadir dalam hidup ini. Tiada siapa-siapa yang menjengah untuk melihat hati ini sedalam-dalamnya. Aku rindukan semua itu. Hanya aku yang bertepuk sebelah tangan.

Aku, mula berkawan dengannya.
Aku, mula rapat dengannya.
Aku, mula mengenali dirinya.
Aku, mula berkongsi segala-gala dengannya.
dan
Aku mula sayang padanya.

Mungkin sebagai kawan. Aku menafikan tentang perasaan itu. Aku tidak mahu memikirkannya. Nanti fikiran aku yang kusut. Tapi semakin dekat diriku dengannya, semakin hadir menghantui perasaan itu. Aku tidak suka perasaan itu. Ia membuatkan aku terseksa perasaan dan mampu membuat gangguan jiwa. Aku selalu mencuba menjadi yang terbaik di matanya tapi aku lebih suka menjadi diri aku sendiri. Aku mampu gelak kuat-kuat di hadapannya. Aku mampu berlagak slumber. Tapi kadang-kadang aku blurr dengan apa yang dia cakap. HEHE! Aku manalah tahu bahasa berkias-kias nie. Kalau yee pun, straight to the point kan senang. Aku akan tetap tunggu dia sampai bila-bila. Dia adalah cinta terakhir aku. Tiada yang lain lagi aku mampu cinta selain dirinya.



yang merinduimu,
bella

Thursday, 8 December 2011

Seperti Dulu

Selalu ku mengharapkan kau akan segera pulang
kau baik seperti dulu
menghapuskan rindu yang sering menghantuiku
semenjak kau datang di hatiku sayang
semua resah ku hilang
diriku bukanlah seorang yang mudah
menyalahkan cinta semudah kata
ku dambakan cinta indah seperti dulu
kerna cintaku tak pernah rasa jemu
biar hati bimbang aku terus menunggu
benar ku tahu kau tak pernah jauh
kau di hatiku

di hari yang datang janganlah kau ulang
lukai hatiku sayang
aku pun bukanlah seorang yang bisa
menggantikan cinta sekelip mata
aku inginkan cinta kita seperti dulu
kerna cintaku tak mudah rasa jemu
biar hati bimbang aku terus menunggu
kerna ku tahu kau tak pergi jauh
intuisiku


p.s. I <3 You

Tuesday, 29 November 2011

Serabutttt

Serabut beno aku punya blog nie. haha ! Entah macam apa. Berhari-hari aku me'repair' blog aku nie. Nie je laa hasilnya. Hope korang paham laa ye. Aku nie budak baru nak belajar blog-blog bagai nie. Poning pale den. Tapi nak belajar punya pasal, aku tempuhi. Cewwwaahh! Blog korang mesti santekkk an? Ajarin laa saya. HEHExD
K laa. I'm busy right now. Nak p dating. HAHA ! Bubye :P 

Sunday, 27 November 2011

SMILE:)

Dulu, aku selalu banyak menghabiskan masa di laman sesawang facebook. Tapi kini, aku lebih merasa selesa jika berehat di teratak blog aku ini. Di sinilah rumah dan teman setia aku. Apa yang aku rasa, aku muntahkan di sini. Manis, pahit bercambur baur. Segala rasa. Blog inilah diari hidup aku. Aku juga insan biasa. Yang punya hidup suka dan duka. Nampak kasar di luar tapi lembut di dalam hati. Tapi aku bukan tomboy okayh! HEHE:P

-.- S.M.I.L.E -.-

I'm Lost

Langit tak selalu cerah. Hujan turun tanpa diduga. Begitu juga hidup aku. Sedang dalam tawa riang, kesedihan bertandang di hati. Secubit rasa kecewa telah membuat aku luluh dan tak bermaya. Menangis sehingga bengkak mata tiada siapa yang tahu. Bilik tidur. Dialah saksi segala rahsia hidupku. Disitulah aku mencurahkan segala rahsia yang terbuku di hatiku. Dialah peneman setia bila aku berduka. Hati yang sekeras batu diselaputi kekecewaan dan kesedihan yang menebal. Jiwa ini rasa hilang segala-galanya. I'm lost in my own life. Because him. Love. Dialah punca segala cerita hidup ini bermula. Hari ini, aku tanam sebesar impian untuk membuktikan kepadanya yang aku boleh hidup tanpanya. Aku hanya kehilangan dia. Dia tiada siapa-siapa lagi bagiku. Zero in my life now. Stop thinking about him. Stop to love him. And trying to forget him. Itu yang utama :)

Friday, 25 November 2011

Impian

Seperti insan lain yang mempunyai impian tersendiri, begitu juga aku. Sejak di bangku sekolah rendah lagi aku telah dibesarkan dengan mempunyai rakan-rakan yang meminati novel. Aku tidak pernah menyentuh novel apatah lagi ingin membacanya. Buku yang setebal itu aku nak baca? Sampai bila nak habis? Mempunyai lebih daripada 400 mukasurat. Huh! Tidak dinafikan aku adalah seorang yang malas nak baca penulisan yang panjang berjela. Penat babe! Aduhh. Tapi bila aku tengok rakan-rakan perempuan aku yang lain asyik baca dan bertukar-tukar novel, aku jadi tertarik. Best sangat ke buku tu sampai dibaca berulang kali? Satu persatu buku dibaca. Satu hari pun boleh habis dibacanya. Sampaikan tak tidur malam. Gila ke apa. Aku pun apa lagi. Nak try jugak laa kan. Dalam mencari-cari berbuah-buah novel yang ada, aku tertarik pada sebuah novel yang berkulit berwarna hijau epal. Sangat tertarik kepada warna kulit bukunya. Isi kandungannya tak tahu laa an. Sibuk dalam melihat warna kulit novel itu, aku lupa nak baca tajuknya. "Cinta Marissa." Itulah pembuka selera aku dalam mengembara ke alam fantasi novel. Novel cinta. HAHA. Memang kena dengan selera aku yang masa tuu jiwang nak mampus. Baru berusia 10 tahun, darjah 4 kan? Jiwang gila. Diari aku masa tuu penuh dengan ayat-ayat cinta berbunga-bunga. Sampaikan ada rakan aku yang tempah ayat cinta aku tuu untuk diberi kepada 'boyfriend'nya. Aku pun no hal laa an. Ambil laa sampai kau nak termuntah baca ayat jiwang aku tuu. Hehe:) Pengembaraan pun dimulakan. Bab 1. Bab 2. Bab 3. Dan sampai laa penamat buku tuu. Baru aku tahu erti ke'syok'kan baca novel. Memang tangkap cintan, memang tangkap leleh. Tak boleh blaa! Cinta Marissa, Marissa seorang gadis tomboy yang jatuh cinta kepada seorang jejaka yang bernama Iqbal. Tuu jew yang aku boleh cerita. Tak ingat dah. Karang kalau salah cerita, penulis novel nie marah pulakkk kan. Huhu. Tapi nama 'hero' and 'heroin' mesti ingat punyee :D Aku bagi 5 star laa pada Cinta Marissa. Haa!!! Lepas aku habis baca novel tuu, aku pinjam lagi dekat kawan aku. Pastu, pinjam lagi. Baca sampai lebam biji mata. Berbuah-buah novel jugakk laa yang aku da baca.  Sampaikan aku tertanam di dalam jiwa aku nie yang aku nak mengarang sebuah novel cinta untuk peminat novel di luar sana. Hopefully sangat aku dapat lakukannya. Tajuk novel aku da sediakan. Tunggu nak mengarang je :P Ending percintaan tuu tak sampai ke kemuncak lagi. So, tak boleh nak start mengarang. Hehe. Well korang, doa-doakan laa supaya impian aku nie tercapai okayh! Nanti korang dapat laa baca kisah cinta karangan aku tuu ^^

Sunday, 20 November 2011

SN

Welcome to my official blogger. Terima kasih laa sebab sudi singgah di teratak blog saya yang tak berapa nak cantekkk nie. Da feninkkk nak edit-edit bagai. Hehe:) Beri saya berehat sebentar yaa :P muuaaahhxx!